Wednesday, January 4, 2012

Visa Ke China Kembara Bermula!

Hari ni sesi persekolahan baru bagi tahun 2012 bermula. Selepas hantar anak-anak ke sekolah dan settle segala urusan sekolah, sekitar jam 9.30 pagi mama dan hubby terus menuju ke Plaza OSK untuk submit Chinese Visa Application Form.

Sebelum ke sana, dah ready print borang yang dah diisi melalui online dan 2 gambar berukuran pasport berlatar belakang biru. Walaupun tarikh pemergian kami agak lambat lagi tapi apa salahnya buat awal, ye tak? Lagi sebulan nak perginya... 4.2.2012.

Tiba di Plaza OSK kira-kira jam 10.12 pagi. Parking kereta di padang terbuka berhampiran dengan caj RM3.00 untuk jam pertama.







Alamatnya:
Tingkat 2, Plaza OSK,
25 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia.





Dokumen yang perlu dibawa untuk permohonan visa ke China
  • pasport asal (pastikan pasport masih valid melebihi 6 bulan dari tarikh akan ke sana)
  • gambar pasport latarbelakang biru
  • borang cetakan yang sudah diisi secara online.



    Tunjukkan borang yang sudah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan pada petugas di kaunter nombor giliran seterusnya dapatkan nombor giliran.



    Tempoh menunggu kami hanya sekejap saja. 10.29 pagi dah selesai. Mungkin kerana bukan musim orang ke sana sangat, maka tak ramai di pejabat tersebut. Tak sangka pula mudah gitu. Apabila nombor dah dipanggil, serahkan borang yang sudah dilekatkan gambar beserta pasport. Itu saja. Pegawai di kaunter akan keluarkan satu resit dan beliau juga akan inform tarikh untuk datang collect pasport bersekali dengan visa di dalamnya (kalau tak silap dalam tempoh 3 hari saja dah siap). Jangan lupa semak resit yang diberikan sebelum pulang manalah tahu jika ada kesilapan.

    Bayaran hanya perlu dibuat semasa datang collect pasport nanti. Kami mohon awal maka cajnya berbeza berbanding visa yang dimohon untuk dikeluarkan segera. Caj visa single entry untuk seorang adalah RM30 dan caj servis RM28. So, jumlah untuk kami berdua adalah RM60 + RM56. Semuanya RM116.

    Visa application - checked! :)



    Hotel booking - checked!
  • No comments: